Forum Komuniti Taman Desaria, Nilai
Selamat datang ke Forum Taman Desaria, Nilai ini. Sila daftar diri anda terlebih dahulu untuk membolehkan anda membuat posting ke dalam forum dan menghantar mesej kepada rakan forum yang lain. Sekian, terima kasih

Selamat datang ke forum Taman Desaria

View previous topic View next topic Go down

Selamat datang ke forum Taman Desaria

Post  Admin on Tue Apr 13, 2010 6:23 pm

Assalamualaikum WBT.

Selamat datang saya ucapkan dan terima kasih kerana sudi menjengah laman forum Taman Desaria ini.

Pertamanya adalah lebih baik untuk saya menerangkan kepada tuan/puan yang melawat forum ini, bahawa forum ini bukanlah forum RASMI Taman Desaria, dan saya juga bukanlah pengendali rasmi dan dilantik oleh Persatuan Penduduk Taman Desaria. Saya hanyalah salah seorang daripada warga Taman Desaria yang juga berpendapat bahawa kita seharusnya menggunakan teknologi ICT yang ada bagi sama-sama membangunkan Taman Desaria, Nilai ini. Dan sekiranya ia percuma, lagilah patut kita menggunakannya.

Keduanya, tujuan laman forum ini dibangunkan, bukanlah untuk menjadi pesaing kepada laman web/blog berikut:

http://www.desaria.blogspot.com/ = oleh Pok Su Jenal;
http://birohawatamandesaria.blogspot.com/ = oleh Pn. Zaila;
http://desarianilai.wordpress.com/ = En.Nasa; dan
http://www.desariaku.blogspot.com/ = Pak Tom,

tetapi lebih kepada menjadi pelengkap/penambah baik kepada kaedah penyampaian maklumat kepada pelawat web dan penduduk-penduduk Taman Desaria ini. Suka saya ingin memetik kata-kata En. Nasa yang telah mencadangkan agar dapat diadakan satu blog/laman web rasmi Taman Desaria agar setiap maklumat dan informasi tentang persatuan/taman serta kegiatannya dapat disalurkan kepada penduduk dengan lebih pantas dan mencakupi liputan yang lebih luas. Sehubungan itu, terpulang kepada pelawat laman web dan penduduk Taman Desaria untuk memilih daripada mana maklumat boleh diperolehi. Sekiranya pelawat memilih untuk melawati semua laman blog di atas dan laman forum ini, saya percaya, dengan adanya Butang Favorites/Bookmark dalam browser masing-masing, ianya tidaklah sukar atau mengambil masa.

Ketiganya, sekiranya pihak berkuasa/Persatuan Penduduk/Rukun Tetangga yang akan ditubuhkan nanti memutuskan laman forum ini perlu ditamatkan, saya juga tidak akan berkecil hati kerana, laman forum ini telah dibangunkan secara mudah dan percuma. Cuma diharapkan, agar laman forum ini dapat dijadikan salah satu rujukan dalam membangunkan laman web rasmi Taman Desaria itu nanti.

Sekian dahulu daripada saya. Terima kasih.

Saiful, Jalan Desaria 11.
avatar
Admin
Admin

Posts : 7
Join date : 2010-04-07

View user profile http://forumdesaria.guildealliance.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum