Forum Komuniti Taman Desaria, Nilai
Selamat datang ke Forum Taman Desaria, Nilai ini. Sila daftar diri anda terlebih dahulu untuk membolehkan anda membuat posting ke dalam forum dan menghantar mesej kepada rakan forum yang lain. Sekian, terima kasih

Jualan Air Gau Tasnim

View previous topic View next topic Go down

Jualan Air Gau Tasnim

Post  azehri on Fri May 21, 2010 11:39 am

Assalamualaikum wrt. wbt.

Sekadar menyampaikan apa yang boleh kita kongsi bersama mengenai Air Gau. Saya ambil terus catatan sahabat/rakan sepejabat saya dalam blognya: http://azemiali.blogspot.com, seperti berikut:

____________________

"Semua Muslim tahu khasiat air zam-zam. Air yang tiada tolok bandingannya. Air terbaik di dunia. Sudah diuji secra saintifik dan terbukti menganai kehebatan air zam-zam. Kandungan mineral di dalam air zam-zam melebihi 2,000mg per liter. Satu tahap yang amat tinggi. Menurut piawaian antarabangsa, sesuatu air itu boleh dianggap air mineral jika kandungan pepejal terlarutnya (TDS) melebih 250mg per liter. Air zam-zam melebihi piawaian ini berganda-ganda. Tiada tandingan di dunia ini. Namun tidak semua orang Islam mengemari air ini. Satu kerugian yang nyata.

Perkara ini berlaku mungkin kerana tidak semua orang mampu membeli air zam-zam. Pada tahun 2008 harga satu tong dengan isipadu 10 liter ialah RM90.00 manakala harga terbaru pada akhir tahun 2009 ialah RM130.00 untuk 10 liter. Mahal. Harga ini naik mungkin kerana kenaikan kos tiket kapal terbang yang melambung. Air zam-zam biasanya diangkut melalui udara. Jika membeli sebotol kecil zam-zam 500ml harganya sudah RM10.00. Jika jemaah yang berpeluang ke Mekah dan Madinah semasa haji atau umrah akan dapat berpeluang menikmati zam-zam sepuas-puasnya dengan percuma. Nikmatnya menikmati air terbaik ini di sana.

Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai air Gau Tasnim manakala sebahagian lagi belum pernah mendengarnya. Saya sudah tahu mengenai air ini beberapa tahun lepas tetapi hanya tahu mengenai sejarah air ini beberapa bulan lalu. Menurut ustaz Sobri bin Mat yang memberi kuliah di surau di pejabat kami pada Ramadhan lepas, air ini ialah air anugerah.



Tuan guru Hj. Mohd Baqi Othman yang mengasaskan sebuah pondok di Kg. Sungai Gau, Temerloh Pahang telah menemui sumber air ini setelah beberapa tahun membuat solat hajat kerana pondoknya tiada sumber air. Air ini telah ditemui lebih 20 tahun lalu iaitu sekitar penghujung tahu 1980-an. Pada mulanya digunakan untuk kegunaan pondok tetapi sekarang telah dikomersilkan.


Air ini telah juga diuji secara saintifik tetapi kandungan pepejal terlarutnya (TDS) tidaklah dapat menandingi air zam-zam. Bacaan TDSnya hanyalah 284mg / liter. Walaupun rendah ianya telah melebihi beberapa TDS air mineral yang berada di pasaran Malaysia. Dan selain itu air ini bersifat alkali. Bacaannya Ph ialah 7.9. Dan yang paling menarik ialah rasanya seolah-olah air zam-zam. Hampir semua orang yang pernah meminum air zam-zam menyatakan perkara ini. Air zam-zam juga adalah beralkali dan Phnya ialah 13. Tiada tandingan di dunia ini.

Anak-anak saya amat mengemari air zam-zam. Tetapi kerana harganya yang amat mahal kadang-kadang sukar juga untuk memenuhi permintaan anak-anak yang meminta dibelikan air zam-zam. Sebagai alternatif saya membelikan air Gau Tasnim. Rasanya seperti air zam-zam dan juga berkhasiat tinggi. Ada ustaz yang menyatakan khasiatnya ialah yang kedua selepas air zam-zam.

Jika sesiapa yang mengenali saya secara peribadi dan ingin merasa air ini bolehlah menghubungi saya. Surau di pejabat saya ada menjual air ini. Harganya ialah RM3 bagi botol 1.5 liter dan RM1.50 bagi botol 500ml. Sebahagian hasil jualan adalah untuk menampung aktiviti surau. Air yang berkhasiat dapat diminum dan InsyaAllah sebagai tambahan saham akhirat kita."

________________________

Bagi mereka di Taman Desaria yang ingin mendapatkan air ini, boleh juga dapatkannya daripada saya. Harga sama seperti dalam catatan sahabat saya seperti di atas.

Terima kasih.
avatar
azehri
Kage

Posts : 71
Join date : 2010-04-07
Location : Depan Komputer

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum