Forum Komuniti Taman Desaria, Nilai
Selamat datang ke Forum Taman Desaria, Nilai ini. Sila daftar diri anda terlebih dahulu untuk membolehkan anda membuat posting ke dalam forum dan menghantar mesej kepada rakan forum yang lain. Sekian, terima kasih

Laporan Taklimat Penubuhan Rukun Tetangga

View previous topic View next topic Go down

Laporan Taklimat Penubuhan Rukun Tetangga

Post  azehri on Mon Apr 12, 2010 11:56 am

Assalamualaikum Wbt.

Bagi mereka yang mungkin tidak berkesempatan atau tidak dapat hadir ke mesyuarat/Taklimat Penubuhan Rukun Tetangga yang diadakan pada hari semalam (Ahad, 11 April 2010), berikut merupakan laporan saya untuk makluman bersama. Terlebih dahulu, saya mohon maaf sekiranya ada catatan saya yang kurang tepat, tetapi sekiranya kurang tepat atau memerlukan penambahan, tuan/puan boleh response dalam forum ini. Saya juga percaya, laporan lain telah/akan dinyatakan oleh jiran tetangga kita dalam blog-blog mereka sedikit masa lagi, sila semak juga:

http://birohawatamandesaria.blogspot.com/ = oleh Pn. Zaila
http://desarianilai.wordpress.com/ = En.Nasa
http://www.desariaku.blogspot.com/ = bg tom (siap ada gambar lagi)

Berbalik kepada laporan, antara yang dapat saya catatkan berkaitan event hari semalam adalah seperti berikut:

1. Pada pukul 11 pagi, Ketua Biro Keselamatan/En. Sufian dengan menaiki Cherry Aveo/Mitsunya sekali lagi mewar-warkan/mengingatkan jemputan untuk semua penduduk hadir ke sesi taklimat.

2. Walaupun kehadiran penduduk boleh dikatakan sharp pada pukul 2.30/2.35 petang, agak mengecewakan sedikit, apabila En. Zualazmi, Pegawai Jab. Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) hadir lewat 45 minit. Namun sikap penduduk yang sporting dan bersemangat menunggu, amat dipuji.

3. Wartawan Sinar Harian ada hadir semalam, namun terpaksa keluar majlis lebih awal sebelum sesi taklimat bermula, mungkin atas sebab masa yang terhad/komitmen lain. (Time amik gambar tu, ada masuk muka saya tak?)

4. Kehadiran penduduk dianggar dalam lingkungan 100-150 orang.

5. Syor untuk membatalkan sebarang keputusan mesyuarat berkaitan Rukun Tetangga yang diadakan pada 6 Mac 2010 anjuran pihak ketiga di restoran Myanmar Garden, dipersetujui oleh En. Zulazmi. (Secara peribadi, saya juga bersetuju keputusan mesyuarat itu dibatalkan kerana, risalah jemputan tidak gentleman, tiada tandatangan/nama yang menjemput, serta kenapa perlu diadakan seakan2 bersembunyi dan tempat mesyuarat Myanmar Garden amatlah tidak sesuai).

6. Dimoderate oleh En. Zulazmi, Jawatankuasa Penaja Rukun Tetangga telah berjaya disetup semalam. Keputusan: seramai 25 orang AJK dipilih, Pengerusi ialah Tn. Haji Yusof dan Naib Pengerusi ialah En. Sufian. En. Zulazmi juga memaklumkan tiada isu YDP Persatuan Penduduk (Hj. Yusof) orang yang sama/menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penaja Rukun Tetangga, atas faktor ‘Baju” lain-lain. Majoriti yang hadir juga menyokong pelantikan Tuan Haji Yusof sebagai Pengerusi AJK Penaja RT.


7. Terdapat pertanyaan sama ada RT boleh wujud bersama-sama dengan Persatuan Penduduk dalam taman yang sama. En. Zulazmi menjelaskan itu bergantung kepada keputusan penduduk Taman Desaria sendiri, sama ada untuk memansuhkan persatuan dan diganti dengan RT ATAU RT dan Persatuan boleh wujud bersama-sama. (Pendapat peribadi saya, dengan jumlah penduduk Desaria yang tidak begitu ramai, cukuplah dengan satu badan sahaja, sama ada RT atau Persatuan. Atau kalau boleh saya cadangkan, Persatuan dimansuhkan dan AJK Persatuan terus diserap masuk sebagai AJK RT).

8. En. Zulazmi memaklumkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) perlu dipohon penubuhannya oleh RT dan bukan wujud secara automatik dengan adanya RT. Ahli SRS akan dilindungi insurans 24jam.

9. Mesyuarat/Sesi Taklimat Penubuhan RT berakhir pada pukul 4.30, bagi memberi laluan kepada solat Asar berjamaah.

Sekian sahaja laporan daripada saya.

Saiful, Desaria 11.
avatar
azehri
Kage

Posts : 71
Join date : 2010-04-07
Location : Depan Komputer

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum