Forum Komuniti Taman Desaria, Nilai
Selamat datang ke Forum Taman Desaria, Nilai ini. Sila daftar diri anda terlebih dahulu untuk membolehkan anda membuat posting ke dalam forum dan menghantar mesej kepada rakan forum yang lain. Sekian, terima kasih

Untuk dibincangkan: Luahan rasa Pok Su Jenal

View previous topic View next topic Go down

Untuk dibincangkan: Luahan rasa Pok Su Jenal

Post  azehri on Mon Apr 12, 2010 3:33 pm

Assalamualaikum WBT.

Di dalam posting sebelum ini saya meletakkan coretan Pok Su Jenal daripada http://desaria.blogspot.com. Bagi menghormati pendapat daripada salah seorang ahli forum yang mengatakan adalah tidak wajar saya copy dan paste, dan seterusnya pendapat Pok Su Jenal itu dibahaskan.

Untuk itu, bagi pelawat forum, bagi mengetahui/membaca pendapat Pok Su Jenal berkaitan topik "Penubuhan Rukun Tetangga", boleh baca terus di http://desaria.blogspot.com.

Walaubagaimanapun, topik ini tidak akan ditutup, bagi memberi ruang kepada semua pihak menyatakan pendapat mereka berkaitan dengan pendapat pok su jenal dan penubuhan rukun tetangga. Saya juga berharap fungsi komen http://desaria.blogspot.com., boleh diwujudkan semula bagi memberi perbincangan 2 hala.

Bagi memastikan kandungan forum lebih sihat, ahli diminta menggunakan bahasa dan ayat-ayat yang lebih sesuai.

Sekian.


Last edited by azehri on Fri Apr 16, 2010 1:38 pm; edited 3 times in total (Reason for editing : Atas teguran ahli lain)
avatar
azehri
Kage

Posts : 71
Join date : 2010-04-07
Location : Depan Komputer

View user profile

Back to top Go down

Re: Untuk dibincangkan: Luahan rasa Pok Su Jenal

Post  Pyanz83 on Mon Apr 12, 2010 4:30 pm

Kita sama2 anggap mantan ydp tu dah nyanyuk dan sebenarnya beliau sudah tiada tempat di desaria.Setelah diri beliau tiada tempat dimata masyarakat desaria untuk jawatan YDP beliau mahu menubuhkan Cawangan UMNO pun tiada tempat dan bulan lepas pula mahu menubuhkan penaja rukun tetangga ditaman kita tanpa persetujuan dari semua penduduk desaria.Ternyata semalam beliau hadir tapi pulangnya kerumah terlalu awal kenapa?Mungkinkah pengaruhnya sudah hilang atau pun memang tiada pengaruh tapi sekadar hanya mempunyai kambing hitam.Alhamdullilah semalam kita dapat menyaksikan Usul membubarkan taklimat pada 06/03/10 dikemukakan oleh seorang dari wakil yang hadir pada taklimat tersebut serta disokong oleh hampir kesemua yang hadir TAPI yang syoknya rata2 yang hadir taklimat pada 06/03/10 angkat tangan dan diluluskan oleh PEGAWAI tersebut.Majulah desaria untuk semua BUKAN buat orang tua yang dah nyanyok dan tidak berani berdepan hanya"Menyalak seperti anjing bukit"
avatar
Pyanz83
Kage

Posts : 66
Join date : 2010-04-12
Age : 43
Location : ketua keselamatan

View user profile

Back to top Go down

Re: Untuk dibincangkan: Luahan rasa Pok Su Jenal

Post  NASA on Thu Apr 15, 2010 12:31 am

Dalam isu ini saya x sependapat dengan Cik pian kita tu. Tulisan Cik Pian adalah lebih menjurus kepada luahan emosi spontan yang mungkin jugak agak keterlaluan . Tapi saya faham la bila hati tengah panas, keupayaan untuk menimbang tara tu biasanya akan terganggu sedikit.
Cik Pian patut membuat sanggahan berdasarkan isu yang dibangkitkan samaada bersama fakta mahupun bersandarkan andaian sendiri oleh Cik Zainal.

Umpamanya - adakah persatuan tersepit dalam isu penubuhan RT ini? kenapa tersepit dan kenapa plak x tersepit.

Cuba lihat dari sudut tujuan dan matlamat penubuhan RT itu sendiri. X kira siapa yang menjadi tunjang penubuhan nya. Kalau matlamatnya adalah untuk bersaing dengan persatuan, ia x akan mendatangkan faedah. Tapi kalau matlamatnya untuk meng'compliment' persatuan, x da sebab persatuan mahupun barisan pimpinan persatuan patut rasa tersepit atau dalam bahasa kasarnya rasa tercabar .

Itu salah satu isu yang saya nak ulas kali nie. Isu2 yang lain tu tunggulah dulu , tengok respond yang lain2 . x de ke orang lain yang nak bukak langkah kat gelanggang ni. Dok tengok dari tepi aje mana ada syoknya. [Cik Razak! Cecah2 la BUDU nie.


Tapi diharapkan Cik Pian dan Cik Zainal x kan terasa hati dengan perbahasan nie. Berani timbulkan isu maknanya berani menerima respond.

Tapi pesan aku skali lagi kat ko PIAN! Ko sekarang nie dah jadi salah sorang dari Pemimpin kat sini. Aku pun undi ko jugak. Jadi aku nak Pemimpin aku ni , menjadi penjernih keadaan. dan sentiasa under control.
avatar
NASA
Kage

Posts : 85
Join date : 2010-04-09

View user profile

Back to top Go down

Re: Untuk dibincangkan: Luahan rasa Pok Su Jenal

Post  Pyanz83 on Thu Apr 15, 2010 11:38 am

Sorrylah bro kata2 aku memangnya pedas pasal aku cukup menyampah asyik2 mamat ni yang asyik bikin panas kat desaria selepas tiada jawatan"masih kah kau ingat"masa dia masih ada jawatan tiada satu yang bikin panas dan setiap program kita akan turut serta walaupun tiada jawatan
avatar
Pyanz83
Kage

Posts : 66
Join date : 2010-04-12
Age : 43
Location : ketua keselamatan

View user profile

Back to top Go down

Re: Untuk dibincangkan: Luahan rasa Pok Su Jenal

Post  ABUFARIS on Tue Apr 20, 2010 4:53 pm

Salam,

Huhuhu.....panas..panas... Evil or Very Mad
Sebagai orang 'baru' kat Desaria ni...ini cuma pendapat peribadi saya:
1) Saya menyokong usul RT (walaupun saya tidak hadir sebab bermastautin ditempat lain) baru-baru ini. Soal tersepit atau terkepit tu pada saya tidak timbul sama sekali. Apa salahnya ada 2-2 sekali...
persatuan penduduk dengan RT.....lagi bagus rasanya...cuma mungkin..mungkin akan ada clash something nanti...itu kita boleh fikirkan bersama...perlembagaan persatuan boleh diubah untuk memenuhi matlamat menjadikan RT dan persatuan penduduk saling melengkapi.

Satu lagi saya tertarik dengan kenyataan berkenaan dengan RT merupakan medium propaganda AMENO..membawa agenda kerajaan....pada saya aliran kerajaan ini tiada apa salahnya...benda baik juga...tambah-tambah lagi dapat RM400....sapa nak bagi percuma RM400 ni....kalau ditambah dengan sumbangan ahli pulak..rasanya lagi banyak la masyuk...so tak timbul soal kutip duit lagi banyak dengan persatuan/biro...Soal membawa agenda kerajaan juga tidak timbul kerana time mengundi itu masing-masing punya hal..rakyat sekarang lebih cerdik...dengan sumber maklumat yang pelbagai..jadi kalau kerajaan beri, kita ambil sebab itu sebenarnya demokrasi..kena adil...time pangkah...itu masing-masing pikir la sendiri....

2) Bagi saya, kalau nak tegakkan 2-2 PANJI pon tiada masalah...panji persatuan penduduk dan RT....boleh ke? Satu yang kena bayar untuk jadi ahli dan satu lagi tak payah.....yang tak payah ni boleh jadi nilai tambah ke atas RT nanti kot....

3) Satu lagi...dia jadi isu panas ni pada saya bukan sebab apa..sebab jarang berbincang...kalau semua warga Desaria ni dapat gi ke surau selalu..antara Maghrib dan Isyak tu boleh dijadikan masa perbincangan isu-isu remeh macam ini..so tak sempat nak panas...dah ada explaination untuk sejukkan dia...naik isu panas...sama-sama bincang untuk sejukkan semula...tapi kalau tunggu masa
mesyuarat agung jer nak jumpa...perasaan panas yang terpendam lama tu akan meletop la...bila meletup...susah nak bincang dah.....


Salam...dari Kuala Lumpur....bila ler aku dapat jadi ahli persatuan penduduk ni....

ABUFARIS
Academy Student

Posts : 2
Join date : 2010-04-20

View user profile

Back to top Go down

Re: Untuk dibincangkan: Luahan rasa Pok Su Jenal

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum