Forum Komuniti Taman Desaria, Nilai
Selamat datang ke Forum Taman Desaria, Nilai ini. Sila daftar diri anda terlebih dahulu untuk membolehkan anda membuat posting ke dalam forum dan menghantar mesej kepada rakan forum yang lain. Sekian, terima kasih

Solat Jamaah di Surau Desaria; di mana warga tempatan?

View previous topic View next topic Go down

Solat Jamaah di Surau Desaria; di mana warga tempatan?

Post  azehri on Mon Apr 12, 2010 6:35 pm

Pendapat berdasarkan pemerhatian saya.

1. Didapati kalau waktu Maghrib, warga tempatan agak lewat sampai ke Surau. Pernah sekali terjadi saya dan bro yg naik RXZ tu jek warga tempatan, dalam 30 orang lain semua warga Bangladesh (majoriti). Oleh kerana tak cukup ilmu, kami berdua keberatan nak jadi imam, dan solat tertangguh dalam lebih kurang 15 ke 20 minit sehingga datangnya seorang pakcik melayu yang akhirnya menjadi imam. Harap AJK dapat berbuat sesuatu, kita takde ke imam yang dilantik?

2. Solat Subuh. Kebanyakan warga Desaria bekerja di Kuala Lumpur. Contohnya, jarak saya dari rumah ke tempat kerja satu hala adalah 55km dan waktu ideal bertolak ialah pada pukul 6.30/6.35 dari rumah. Diharapkan kalau waktu subuh tu, janganlah terlalu lama jarak waktu dari azan dengan solat Hanya kerana menunggu mereka yang terlewat sampai, kita mengabaikan mereka yang datang awal dan terpaksa pergi kerja lewat.

3. Keluar topik sikit; macammana caranya kalau nak guna court dan peralatan sukan (tiang dan net). Ingat nak main badminton dan takraw di court di laman surau. Dengan siapa saya boleh berjumpa? Oh ya, warga asing ada main bola tampar dekat taman permainan sana. Nak join, segan lah pulak. Kita warga tempatan tak nak buat court bola tampar ke?
avatar
azehri
Kage

Posts : 71
Join date : 2010-04-07
Location : Depan Komputer

View user profile

Back to top Go down

SOLAT JEMAAH DISURAU

Post  NASA on Tue Apr 13, 2010 3:01 pm

1. Di Desaria ni Imam yang di lantik ialah Ustaz Fadlee Che Mi . Beliau ialah imam sukarela. Kita belum ada imam sepenuh masa. sapa2 pun boleh jadi imam . kalau yg kurang berilmu tu tambah2 kan lah ilmu supaya boleh ke depan bila keadaan memerlukan. Bilal pun sama. x da yang full time lagi.

2. Bab menyegerakan solat ini memang saya sokong jugakla. mungkin kekadang bilal nak bagi lebih ramai jamaah lagi agaknya.
avatar
NASA
Kage

Posts : 85
Join date : 2010-04-09

View user profile

Back to top Go down

Re: Solat Jamaah di Surau Desaria; di mana warga tempatan?

Post  Pyanz83 on Wed Apr 14, 2010 12:32 pm

Mungkin kena fikir juga macammana nak menjadi orang surau inyaALLAH.
avatar
Pyanz83
Kage

Posts : 66
Join date : 2010-04-12
Age : 43
Location : ketua keselamatan

View user profile

Back to top Go down

Re: Solat Jamaah di Surau Desaria; di mana warga tempatan?

Post  abikhsan on Tue Apr 20, 2010 10:49 am

Assalamualaikum.... tumpang lalu... nak test ID je...

Nak komen pun ilmu tak sebanyak mana... Isu ni melibatkan soal Fiqah dan Usuluddin....

Anyway thanks for brought up this topic....
avatar
abikhsan
Kage

Posts : 49
Join date : 2010-04-20

View user profile

Back to top Go down

Re: Solat Jamaah di Surau Desaria; di mana warga tempatan?

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum