Forum Komuniti Taman Desaria, Nilai
Selamat datang ke Forum Taman Desaria, Nilai ini. Sila daftar diri anda terlebih dahulu untuk membolehkan anda membuat posting ke dalam forum dan menghantar mesej kepada rakan forum yang lain. Sekian, terima kasih

Jalan2 cari makan

View previous topic View next topic Go down

Jalan2 cari makan

Post  azehri on Thu Sep 30, 2010 1:18 am

Aku start dulu lah topik ni. Aku bagi nama/lokasi kedai. Kebaikan dan keburukan tempat tu.

1. Nama kedai: Azman Cafe
Tempat: Taman Desaria
Kebaikan: Kalau sup atau paprik dia, daging memang letak banyak. Harga berpatutan. Owner ramah.
Keburukan: Sebab 1 jek kedai makan kat Desaria ni, kekadang queu panjang. Rasa makanan, ok lah. Waiter lambat datang layan.

2. Nama kedai: Mama Chicken Rice
Tempat: Bandar Sri Putra, satu deret dengan Paku Hardware
Kebaikan: Aku biasa datang makan sini Sabtu pagi dan tengahari. Makanan buffet dia sedap. Kakak jawa yang amik order pun ramah. Nasik ayam penyet pun sedap. Harga berpatutan.
Keburukan: Aku pernah nampak tempat dia potong2 daging ayam untuk nasi ayam, dipanjat oleh kucing dan kucing tu makan sisa ayam kat choping board.

3. Nama kedai: Lupa, tapi satu jek kedai makan Orang Melayu kat situ.
Tempat: RnR Serdang arah ke Selatan.
Kebaikan: Tokey dia baik dan tak berkira. Semua lauk dia mmg sedap dan ada rasa. Tapi nasik ambeng kat sini memang TERBAIK
Keburukan: Ramai pemandu lori berenti kat sini, so banyaklah asap2 rokok. Banyak kucing berkeliaran kat tempat makan.

Nota: Sebenarnya susah gak nak cari kedai makan yang memuaskan hati kat area Nilai 3 ni. Kalau kat gerai2 makan dekat pasar borong tu, serius aku tak lalu makan (banyak lalat dan suasana agak kotor).

avatar
azehri
Kage

Posts : 71
Join date : 2010-04-07
Location : Depan Komputer

View user profile

Back to top Go down

Re: Jalan2 cari makan

Post  abikhsan on Fri Oct 01, 2010 3:53 pm

Azman Cafe - Mujur ada kedai tu... senang bila ada event kat Surau boleh tempah... masa Ramadhan lepas banyak yang order dgn beliau... Very Happy

Pasal kedai Nasi Ayam... bila kucing tu naik atas chopping board harap kalu chef tu nak guna dia basuh balik la... kalu tak akan jadi ayam berbulu kucing.... Mad

Pasal gerai kat Hentian Serdang tu... mcm mana aku tak perasan coz dulu ia di bawah jajahan aku.... Masak dok bahagian operasi memang gerai-gerai tulah yang selalu kena visit and inspect to ensure the standard and quality being maintained... Mungkin sedap kot, tapi aku tak pernah rasa.. lagi pun staff are prohibited untuk makan atau lepak kat gerai R&R atau hentian sebelah... takut bias.... Laughing

Pasal kedai kat Nilai 3 (Pasar Borong) cuma selalu beli breakfast Roti Canai Mantin... coz anak2 memang suka roti canai tu... At least once a week mesti gi beli.... Sometime lepak dengan geng surau kat situ gak time hari tak kerja... pekena roti canai and teh tarik... Surprised

Balik pada topic, for me.. takdelah kedai-kedai makan yang bila makan boleh diingati balik... rasa mcm sama je kat mana-mana coz kalu bukan orang Thailand yang jadi chef, orang Indon (sebut Jawa nampak soft sikit kot).... lagi satu mungkin sebab aku jarang makan kat luar..... Lagi satu kalu tempat makan atau makanan yang paling best ialah bila ada makan free ada orang belanja... he he he he .... cheers




avatar
abikhsan
Kage

Posts : 49
Join date : 2010-04-20

View user profile

Back to top Go down

Re: Jalan2 cari makan

Post  akusempoi on Tue Dec 14, 2010 5:08 pm

MAKAN................... Razz

Kedai Makan Dawood (Kalau tak silap). Area Rumah pangsa Cempaka. Masakan Nasi Kandar. Kalau makan waktu rehat sah lah kena beratur panjang. Meja selalu FULL, kadang-kadang kena kena tungggu orang habis makan baru boleh duduk. Kari dia peh............PANAS perut...tapi sedap dan aku biasnya seminggu sekali gi. Cara dia masak aku tak tahu sebab dia sorok.

Burger Bukit Mahkota. Lokasinya di baris bawah dekat roundabout. Brother nie lebih kurang 40an. Burger dia memang sedap. Aku dulu tak tahu pasal burger dia sehinggalah YDP kita En. Yusuf...oopppp Haji Yusuf habag mai kat aku. Burger dia memang lazat.....

Area Bandar Seri Putra, Kedai makan (entah tak ingat namanya) di corner lot sebelah Klinik Homopathi. Nasi lemak, Roti arab dan roti canainya memang ada kelas. Kedai dia selalu penuh. Biasanya aku suka sarapan kat situ terutama pekena nasi lemak dan roti arab.

Rasa lapar pulak

akusempoi
Genin / Lower Ninja

Posts : 5
Join date : 2010-06-07

View user profile

Back to top Go down

Re: Jalan2 cari makan

Post  azehri on Tue Dec 14, 2010 5:42 pm

Iklan.
Alang2 dah cerita pasal makan/kedai makan ni. Kasik share sikit isu berkaitan makanan.

Artikel di bawah ini..adalah fakta-fakta bahaya penggunaan pembungkus makanan..
Kecenderungan penduduk negara ini menggunakan botol air mineral plastik secara
berulang kali untuk menjimatkan kos, sebenarnya boleh mengundang maut.

Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl
chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia
seperti 'vinyl cloride monomer' (VCM) dan 'phthalates'. VCM dikenalpasti
mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.

Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti
Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim,
berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan hanya boleh digunakan
semula sekali atau dua sebelum dibuang.

"Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya
seperti kadmium yang digunakan sebagai 'plastisizer' iaitu untuk meningkatkan
kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama
digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya
terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman," katanya.

"Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih
daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM.

"Makanan yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg /kg tidak
sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan," katanya.

Dr Jamal berkata, beg plastik makanan diperbuat daripada polyethylene (PE) dan
PE tidak mengandungi VCM. Jadi penggunaannya tidak menyebabkan barah, namun
masih tidak sesuai digunakan berulang-ulang.

Katanya, botol minuman diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET)
selamat digunakan dalam keadaan biasa, namun memanaskannya boleh mengeluarkan
'phthalates'.

Phthalates disyaki boleh meniru hormon manusia, tetapi ia tidak menyebabkan
barah, namun ia boleh mengganggu fungsi hormon manusia.

"Jika peraturan ini tidak dipatuhi, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada
pengguna. Peraturan mengenai pembungkus dan bekas makanan daripada PVC
terkandung di dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

"Namun tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan barangan
plastik untuk pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih rendah,"
katanya.

Dr Jamal berkata, penggunaan botol plastik mengundang bahaya lain seperti
jangkitan kuman kerana bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar dicuci
bersih dan melekat daki.

"Jika ragu-ragu mengenai jenis plastik yang boleh digunakan secara berulang
untuk menyimpan makanan, sila rujuk kepada Bahagian Kawalan Mutu Kementerian
Kesihatan," katanya.

Kenyataan Dr Jamal mengesahkan laporan Buletin Pengguna mengenai bahaya
penyalahgunaan botol plastik serta bekas makanan diperbuat daripada stirofom
dan polisterin.

Buletin itu diterbitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia
(Fomca).

Pengarah Komunikasi Fomca yang juga Timbalan Ketua Sidang Pengarang Buletin
Pengguna, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya mengetengahkan bahaya
penggunaan botol plastik berulang kali kerana ramai menggunakan botol air
mineral sebagai bekas minuman di dalam peti sejuk.

"Lebih berbahaya, ramai menjadikan botol itu sebagai bekas minuman anak ke
sekolah, bekal ke pejabat atau untuk beriadah. Sedangkan botol berkenaan hanya
boleh digunakan sekali atau dua atau paling lama seminggu sebelum perlu
dibuang," katanya.

Mohd Yusof berkata, kurang pengetahuan dan kesedaran menyebabkan banyak lagi
amalan rakyat negara ini mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kronik.

Katanya, penggunaan kertas akhbar dan majalah, selain bekas makanan diperbuat
daripada stirofom atau polisterin, juga boleh mengakibatkan tersebarnya logam
ke dalam tubuh.

"Kertas akhbar dan majalah mengandungi timah hitam melebihi had dibenarkan.
Apabila timah hitam ini ada dalam tubuh, ia masuk ke saluran pernafasan dan
pencernaan, seterusnya sistem peredaran darah sebelum tersebar ke bahagian lain
seperti ginjal, hati, otak, saraf dan tulang. Ini cukup berbahaya dan tidak
boleh dijadikan pembungkus makanan.

"Bahan pembungkus stirofom dan polisterin pula kini cukup popular, tetapi
kajian mendapati ia mengandungi bahan unsur karsinogen," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Mohamed Siraj Razack, turut memberi
amaran mengenai bahaya penggunaan botol plastik, bekas menyimpan makanan serta
bahan pembungkus jenis stirofon atau polisterin yang disifatkannya pembunuh
senyap.

"Bahan berasaskan plastik itu boleh digunakan sekali dua saja. Jika dibasuh
berulang kali, bahagian dalamnya terhakis dan mengeluarkan bahan kimia yang
memudaratkan kesihatan," katanya.

Mohamed Siraj berkata, bahan kimia dalam bekas plastik mudah terhasil apabila
terkena cahaya matahari, misalnya botol mineral bagi mengisi air minuman yang
ditinggalkan dalam kereta.

"Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan
berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan.

"Sebaiknya, untuk menyimpan makanan atau minuman, gunakan bahan dibuat khusus
untuk digunakan berulang kali, misalnya termos atau jenis plastik tahan panas
dan khusus untuk menyimpan makanan," katanya.

Mohamad Siraj berkata, kepanasan makanan atau minuman yang disimpan dalam bekas
plastik tertentu juga boleh menghasilkan bahan kimia yang memudaratkan
kesihatan, misalnya amalan minum teh tarik bungkus.

"Teh tarik seeloknya diminum menggunakan cawan kerana wap yang keluar daripada
plastik pembungkus yang bercampur dengan teh boleh menyebabkan tindak balas
kimia.

"Kari panas dibungkus menggunakan bahan plastik juga amalan tidak baik dan
kesannya sama seperti teh tarik bungkus," katanya.

Mohamed Siraj berkata, semua barangan plastik diterima oleh pusat kitar semula.
Sehubungan itu, kesedaran terhadap bahaya penggunaan bekas plastik secara
berulang akan mengalihkan perhatian pengguna untuk mengitar semula barangan
terbabit dalam menjaga alam sekitar.
avatar
azehri
Kage

Posts : 71
Join date : 2010-04-07
Location : Depan Komputer

View user profile

Back to top Go down

Re: Jalan2 cari makan

Post  NASA on Sat Dec 18, 2010 10:26 pm

Lama x masok forum nih. Nak browse dan nak reply pun macam dah x reti aje nih.

Bab jalan2 carik makan nih, kalau masakan ala Thai yang cepat dan ada rasa bole try ABAS SEAFOOD di taman semarak.

Kalau nak ambience yang cooling dan tenang bole ke Auntie Aini di Jalan Nilai ke Seri Emas lepas kg bukit Kadir.

Nak Ayam Golek dara singgah ke jalan labu x jauh dari simpang jalan ke Sek agama Nilai.

Nasi Lemak Power di R n R Nilai arah Utara, kedai paling hujung dekat surau.


Tapi kat desaria ni dulu ada satu brader tu bukak gerai burger kat sebelah man cafe. bole tahan gak dia buat burger. tapi lepas dah kaya, dia x jual burger dah, dia jual bisnes tu kat orang lain.

Ko kenal ke lagi ke PIAN, brader bulat2 tu? Laughing
avatar
NASA
Kage

Posts : 85
Join date : 2010-04-09

View user profile

Back to top Go down

Re: Jalan2 cari makan

Post  Pyanz83 on Mon Dec 20, 2010 11:25 am

Bukan dah kaya TAPI hanya masa tidak menggizinkan......Cadangan nak berniaga semula nak buat makanan ringan2 aje seperti nugget,kentang dan kerang bakar.........Tapi semua tu dalam perancangan aje heheheheeh83x
avatar
Pyanz83
Kage

Posts : 66
Join date : 2010-04-12
Age : 43
Location : ketua keselamatan

View user profile

Back to top Go down

Re: Jalan2 cari makan

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum