Forum Komuniti Taman Desaria, Nilai
Selamat datang ke Forum Taman Desaria, Nilai ini. Sila daftar diri anda terlebih dahulu untuk membolehkan anda membuat posting ke dalam forum dan menghantar mesej kepada rakan forum yang lain. Sekian, terima kasih

Sapa dah tgk 2 alam?

View previous topic View next topic Go down

Sapa dah tgk 2 alam?

Post  azehri on Wed Dec 01, 2010 5:56 pm

Credit kepada Mantot, aku copy dari blog dia: http://cursingmalay.blogspot.com/

Film Review : 2 Alam
"Mati tetap mati,hidup Insya Allah.."

Selepas selesai sahaja menonton filem 2 Alam,pancaindera aku seolah-olah terbuka.Aku dapat rasakan wujud jalur-jalur cahaya disekeliling aku.Apakah cahaya itu?Pada hemat aku itu adalah cahaya zaman kegemilangan industri perfileman Melayu yang kembali akan bersinar.Ingat ayat aku itu sambil membaca ulasan ini.

Aku menonton di salah sebuah pawagam yang terletak di pinggir kota KL.Walaupun jumlah penonton di pawagam tidak penuh,ini aku sudah jangkakan kerana aku pergi menonton wayang ini sewaktu waktu kerja.11 pagi hari Rabu....hanya mereka yang kaki ponteng macam aku ada dalam situ.Alhamdulillah lebih ramai rakyat Malaysia memilih untuk bekerja.Sewaktu aku membeli tiket,gadis manis dikaunter itu mengatakan sesuatu kepada aku..."panggung kosong ni bang.Jangan pandang belakang..."

Aku pelik memikirkan kata-kata gadis itu tapi aku gagahkan juga berjalan ke pawagam nombor 3.Duduk saja aku di situ,aku lihat di belakang aku kosong sebaris.Depan aku aku 3 baris yang penuh dan kiri ku ada sepasang kekasih duduk berdua-duaan.Di mana tangan mereka?Dalam kotak popcorn.

2 Alam adalah sebuah cerita supernatural yang tidak biasa.2 Alam adalah sebuah filem supernatural yang memang supernatural.Jangan takut jika aku katakan,sewaktu aku sedang menonton filem ini,aku dapat rasakan ada benda menendang kerusi aku.Bila aku toleh,aku lihat tiada siapa di situ.Barulah aku teringat pesan gadis di kaunter tadi.Filem ini memang puaka!

Setengah jam filem itu berlalu begitu saja dengann shot-shot yang menarik dan dialog2 yang disampaikan penuh penghayatan oleh Aaron Aziz dan Suhailah Salam.Walaupun ada beberapa adegan kurang enak dan tidak sesuai dengan budaya Melayu yang dipertontonkan,jalan cerita nya terkesan,kadang2 membuat aku,seorang pengkritik filem wannabee kaget kerana belum pernah filem Melayu mampu menampilkan aksi yang digambarkan dalam filem 2 Alam.

Apabila filem ini sudah hampir tiba ke penghujungnya,salah seorang penonton wanita yang berada di dalam panggung menggelupur pengsan.Aku kurang pasti kenapa tetapi yang anehnya walaupun kami nampak dia sedang menggelupur,kami terus memakukan mata ke skrin kerana semua ingin tahu kesudahan karya ini.Aku tidak pasti berapa lama wanita itu berkeadaan begitu tetapi alhamdulillah selang beberapa detik,wanita itu pulih.Sambil berbaring di atas lantai panggung,dia terus menonton, agaknya kerana tak mahu terlepas adegan akhir filem itu.

Selesai tayangan,aku bangun dari kerusi.Terus aku rasakan ada kesan gigitan pada betis aku.Aku angkat seluar dan nampak ada kesan gigitan manusia dengan air liur terpalit di situ.Sakit.Aku gagahkan juga bangun dan berjalan keluar.Aku lihat ada seorang suami yang terpaksa dipapah isterinya.Berbuih2 mulut dia dan harap maaflah,aku bukan berniat mengaibkan sesiapa tetapi jelas benar ada tompokan air hancing di seluar suaminya.

Aku menoleh ke belakang.Barulah aku sedari ada seorang lelaki masih lagi duduk dikerusinya,kaku,tidak bermaya.Nampak dari jauh datang petugas2 TGV masuk bersama seorang yang siap berserban seperti seorang Ustaz.Apa yang terjadi?Aku dah tak ambil peduli sebab bisa gigitan dikaki aku terasa benar.Tapi lama kelamaan sakit itu hilang apabila aku makin jauh dengan poster filem 2 Alam.Bila aku berdiri di sebelahnya,sakit itu datang kembali.

2 Alam bukan hanya sebuah filem.Ia adalah fenomena yang mampu menjangkiti individu atau suasana yang dipengaruhinya.2 Alam bukan sekadar satu cereka yang asyik,2 Alam adalah satu pengembaraan yang akan menguji sejauh mana penontonnya dengan alam mereka.Jika orang barat asyik dengan teknologi 3D yang membolehkan gambar kelihatan seolah-olah disentuh,2 Alam bukan setakat boleh disentuh oleh anda tetapi filem ini juga mampu menyentuh anda,baik secara fizikal,mental dan kerohanian anda.Jika sebelum ini banyak filem Melayu menakutkan imaginasi anda supaya anda dengan ayat jangan pandang belakang,2 Alam membuatkan anda tak ingin pandang belakang langsung secara sebenarnya di alam nyata.

Syabas kepada dR.Rozmey kerana membuktikan anak Kedah bukan sekadar mampu buat porno tepi jalan atau di Kompleks Peruda,anak Kedah juga mampu menjadikan menonton filem satu pengalaman yang menakutkan jiwa dan raga.RM40 juta?Tak mustahil.Cuma diingatkan,jangan pergi menonton seorang.Ingat!Jangan tonton filem ini seorang diri.Bawak dua tiga orang.Kalau tak macam mana kutipan filem ni nak cecah RM40 juta kalau anda pergi menonton seorang diri?

------------

Apa pula review anda...bolehlah post kat sini jugak...
avatar
azehri
Kage

Posts : 71
Join date : 2010-04-07
Location : Depan Komputer

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum